Sebagai pemain terbaik di dunia ketika ini, bintang Inter Miami iaitu Lionel Messi sudah pasti mendapat layanan istimewa dari pihak kelab bagi memastikan pemain itu selesa.

Baru-baru ini, viral di media sosial apabila Messi sering diiringi oleh pengawal keselamatan ketika sesi latihan atau hari perlawanan.

Menurut perkongsian media di Amerika Syarikat, Messi dikawal oleh bekas tentera Amerika bernama Yassine Chueko yang telah bersara dan selain pernah berkhidmat dalam unit tentera, beliau juga mahir dalam bidang bela diri seperti taekwando.

Boleh dilihat pasa video di atas, pengawal peribadi itu sentiasa mengikuti Lionel Messi dimana beliau berada di tepi padang. Sekiranya Messi menjaringkan gol, maka pengawal itu agar segera berlari kepada Messi bagi memastikan pemain itu dilindungi.

Apabila Messi digantikan dengan pemain lain atau menghabiskan permainan, maka pengawal itu akan selalu berada di samping Messi bagi memberikan perlindungan penuh.

Selain memberikan perlindungan ketika bersama Inter Miami, Yassine turut mendampingi Messi ketika beliau dan keluarganya membeli belah.

Baru-baru ini, Messi membantu Inter Miami memenangi trofi pertama iaitu Piala Liga AS dengan menewaskan Nashville di perlawanan akhir.

Bertempat di Geodis Park, Tennessee, Messi membuka tirai jaringan pada minit ke-23. Melebarkan lagi rekod gol La Pulga di MLS dan di dalam karier kelabnya.

Namun pada minit ke-57, Nashville menyamakan kedudukan menerusi tandukan Patrice Picault.

Keputusan seri bermakna kedua dua pasukan beradu dalam aksi penentuan penalti. Dan Inter Miami menang 10-9 dalam penentuan penalti.